Luther Seminary (LS) PCS
Jumadi Ponuhu di Yesus
Mengangkat pendidikan teologi sebagai dasar utama pengabdian kepada pelayan gereja.
Selamat datang kepada semua siswa-siswi baharu tahun 2025, yang telah memilih Luther Seminary (LS) PCS, sebagai sekolah teologi anda. Kecaplah dan lihatlah pimpinan Kristus dalam perjalanan pengabdian anda ke dalam pelayanan gereja.

Pengetua Luther Seminary
Membangun pemimpin masa hadapan
Pemimpin yang kontekstual
Luther Seminary tekad untuk membentuk pemimpin yang kontekstual. Pemimpin yang kontekstual ini tidak hanya dalam budaya tetapi juga pemimpin yang menjadikan pendidikan teologi sebagai dasar dogmatik yang memperkuatkan sumberdaya pelayanan gereja dan oikumene di antara gereja dan komunitinya.
Program yang kami tawarkan
Mulakan Perjalanan Pengabdian anda di sini
Diploma
- Diploma in Theology (DIP. TH)
- Diploma Pelajaran Alkitab (Dip. PA)
- Diploma in Church Ministry (DIP. CM)
- Diploma in Advance Church Ministry (DIP ADV.CM)
Sijil
- Certificate in Theology Studies (CTS)
- Certificate in Bible Studies (CBS/SPA)
- Certificate in Church Ministry (CCM)
Program PTP
Khusus untuk lepasan SPM / STPM yang ingin mendapatkan pendedahan pendidikan Theology dan Pelayanan Gereja.
Bantu kami mengerjakan Visi
Sokongan anda,
adalah kekuatan kami
Luther Seminary (LS) PCS ialah pelayanan yang bergantung penuh hanya daripada admission fees. Kami sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu LS dalam apa sahaja bentuk bantuan. Kos operasi adalah kos terbesar dalam pengurusan LS sepanjang tahun. Anda boleh memilih untuk menekan butang di bawah, atau melalui QR code yang tertera. Terima kasih dan Tuhan memberkati.
Kewangan
Anda boleh menyalurkan sumbangan kewangan ke LS sebagai dana pelayanan ataupun dengan menaja pelajar atau menyumbang ke Tabung Pendidikan Luther Seminary.
Moral
Pendidik LS dan para pelajarnya datang dari pelbagai tempat dari seluruh Sabah. Sokongan Moral anda seperti lawatan kasih dan sebagainya akan mewarnai perjalanan kami hari ke hari.
Alat Bantu
Kami juga menerima sumbangan seperti buku-buku teologi dan ilmiah, alat-alat bantu mengajar, meja dan bangku, katil, tilam untuk asrama ataupun alat-alat perkebunan untuk pelajar.
Kerja Bakti
LS juga membuka pintunya bagi sesiapa sahaja jemaat, syarikat atau kumpulan yang ingin datang membuat gotong royong sebagai salah satu daripada persekutuan oikumene kita.
Wisuda LS 2024